DOCNAN
Mohon Sekarang

Satu Taman,
Satu Dealer.
Satu Peluang.

Kuasai satu kawasan, bina pendapatan stabil.
MODAL RENDAH, sistem sudah tersedia, dan jualan berulang setiap bulan tanpa perlu cari pelanggan baru setiap hari.

Apa itu DAMD?

Rangka kerja strategik yang mengubah pengedaran air mineral menjadi peluang ekonomi mikro untuk setiap komuniti perumahan.

Program Dealer Air Mineral DOCNAN (DAMD) merupakan satu inisiatif strategik yang dirangka bagi membangunkan rangkaian pengedaran air mineral berasaskan komuniti secara tersusun dan berdaya tahan.

Melalui program ini, individu berpeluang menjana pendapatan sampingan dengan mengaplikasikan konsep "Satu Taman, Satu Dealer" — iaitu model pengedaran setempat yang memfokuskan kepada kecekapan logistik, kesinambungan bekalan, serta hubungan pelanggan yang lebih dekat dalam komuniti masing-masing.

Setiap DAMD dilantik sebagai wakil rasmi jenama di kawasan operasi mereka — memastikan ketersediaan stok, penghantaran efisien, dan pengalaman pelanggan yang lebih baik.

DAMD bukan sekadar peluang perniagaan kecil, tetapi merupakan pembinaan rangkaian bekalan air dalam komuniti melalui model ekonomi mikro yang mampan dan berpotensi untuk berkembang secara nasional.

i
Struktur Modal PermulaanPelan permulaan yang praktikal dan mampu milik untuk setiap peserta komuniti.
01
ii
Sokongan Pemasaran HQKempen, bahan promosi, dan strategi digital berterusan daripada ibu pejabat.
02
iii
Kawasan EksklusifModel 1 Taman = 1 Dealer memastikan tiada persaingan dalaman.
03
iv
Model Jualan BerulangRepeat order berdasarkan keperluan harian isi rumah — aliran tunai konsisten.
04

Bagaimana ia berfungsi.

Empat langkah mudah dari permohonan kepada operasi penuh sebagai wakil rasmi DOCNAN.
Langkah 01
Mohon & pilih kawasan
Hantar permohonan anda dan pasukan kami akan menyemak ketersediaan kawasan perumahan anda.
Langkah 02
Latihan & onboarding dealer
Latihan lengkap: produk, logistik, sistem jualan serta pemasaran digital & tradisional bersama HQ.
Langkah 03
Stok & bekalan
Struktur permulaan modal rendah dengan bekalan berjadual terus ke lokasi anda.
Langkah 04
Operasi & repeat order
Mula mengedar kepada komuniti dan jana pendapatan berulang, kerana air mineral adalah keperluan harian yang sentiasa diperlukan oleh setiap isi rumah.

Kawasan Liputan Semasa

Kami berkembang pesat. Lihat senarai taman dan daerah yang telah mempunyai Dealer berdaftar kami.

15 Lokasi Aktif
Shah Alam
Puchong
Bangi
Gombak Setia
Batu Caves
Senawang
Merlimau
Besut & Setiu

Kawasan anda belum tersenarai? Daftar sekarang. kawasan terhad untuk memastikan setiap dealer dapat fokus membina komuniti mereka tanpa persaingan dalaman.

Daftar Sebagai Dealer

Didengari &
dihargai.

Apa kata komuniti yang sudah menyertai rangkaian DOCNAN.

Perkara yang
anda mungkin tanya.

Jika soalan anda tidak tersenarai di sini, hubungi pasukan kami melalui WhatsApp.
Berapa modal permulaan diperlukan?
Struktur modal dirangka agar praktikal dan mampu milik. Pakej bermula dari jumlah rendah, termasuk stok awal, bahan pemasaran, dan latihan. Butiran penuh dikongsi selepas permohonan anda diterima.
Adakah saya perlu ada kedai fizikal?
Tidak. Konsep Dealer membolehkan anda beroperasi dari rumah. Keperluan minima ialah ruang stor bersaiz lebih kurang 8'×4' untuk menyimpan stok.
Bagaimana pengagihan kawasan dilakukan?
Kami mengikuti prinsip Satu Taman, Satu Dealer — setiap kawasan perumahan dipegang oleh seorang dealer sahaja, memastikan tiada pertindihan atau persaingan dalaman.
Apa sokongan yang diberi oleh HQ?
Latihan onboarding, sokongan pemasaran digital dan tradisional, bahan promosi, sistem pengurusan pesanan, serta rundingan berterusan daripada pasukan pengurusan.
Bolehkah saya memohon di luar Semenanjung?
Pada peringkat ini kami memberi keutamaan kepada Semenanjung. Pengembangan ke Sabah dan Sarawak akan diumumkan melalui senarai tunggu anda.

Mula perjalanan
anda hari ini.

Lengkapkan borang. Pasukan kami akan menghubungi dalam 2-5 hari bekerja untuk sesi perbincangan lanjut.
Permohonan Dealer

Jadilah wakil rasmi DOCNAN di taman anda.

Permohonan akan dinilai berdasarkan ketersediaan kawasan, kesediaan ruang, dan komitmen terhadap komuniti.

Balasan dalam 2-5 hari bekerja
Perbincangan percuma & tiada obligasi
Keutamaan kepada kawasan belum diliputi
Pernah berniaga sebelum ini?
Lokasi operasi
Ada ruang stor ± 8'×4'?
Maklumat anda sulit dan hanya digunakan untuk proses pendaftaran dealer DAMD.